Home » ENGLAND » Jersi Baru Liverpool FC 2012

Jersi Baru Liverpool FC 2012

LIVERPOOL 11 Mei – Kelab bola sepak terkenal England, Liverpool FC semalam melancarkan jersi baru mereka oleh Warrior Sports bagi musim 2012/13 Liga Perdana Inggeris.

Menurut kenyataan rasmi kelab itu di liverpoolfc.tv, ia juga menandakan permulaan kepada perjanjian enam tahun bernilai 25 juta pounds (RM125 juta) setahun untuk LFC, sekali gus rekod terbesar dalam Liga Perdana.

Warrior Sports, adalah firma Amerika Syarikat (AS) yang mengambil alih dari adidas sebagai pembekal pakaian rasmi kelab berkuat kuasa 1 Jun ini.

Warrior adalah jenama yang dikenali di AS sebagai pengilang alat dan pakaian sukan bagi hoki ais dan dengan LFC, merupakan kontrak bola sepak terbesar pertama baginya.

Liverpool menjual kira-kira sejuta jersi di seluruh dunia setiap tahun dan kontrak bersama Warrior Sports adalah lebih dua ganda berbanding 12 juta pounds setahun yang dimeterai bersama adidas.

Gambar terkini jersi Liverpool itu boleh dilihat dengan melayari laman web rasmi kelab iaitu di http://www.liverpoolfc.tv/lfchomekit

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>