Home » ENGLAND » EPL » Top 4 EPL Semakin Sukar – Chelsea

Top 4 EPL Semakin Sukar – Chelsea

LONDON – Impian Chelsea untuk menamatkan saingan Liga Perdana England di tempat keempat semakin sukar selepas tewas 0-2 kepada Newcastle United awal pagi semalam.

Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo akur dengan situasi tersebut selepas skuad The Blues tewas di depan pe- nyokong sendiri di Stamford Bridge.

Di Matteo menegaskan, jadual perlawanan yang ketat sejak akhir-akhir ini menyebabkan anak-anak buahnya mempamerkan aksi hambar, sekali gus memberi peluang kepada Newcastle untuk memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Penyerang Newcastle, Papiss Demba Cisse menampilkan aksi cemerlang apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan itu.

Selepas mengumpul 61 mata, Chelsea kini ketinggalan empat mata di belakang Tottenham Hotspur yang berada di tangga keempat dan Newcastle (kelima) ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Di Matteo berkata, Chelsea perlu menumpaskan Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara sekiranya mahu layak ke pertandingan kelab-kelab elit Eropah musim depan.

“Ia sudah menjadi semakin sukar bagi pasukan untuk melonjak ke tangga keempat (liga domestik).

“Kami ketinggalan sekarang. Jika melihat kepada keputusan sebelum ini, kami hilang banyak mata dan ia merupakan sebab utama mengapa kami berada pada posisi ini.

“Saingan liga menjadi semakin sukar tetapi kami akan bekerja keras sehingga ke akhir musim dan kami tidak mudah untuk menyerah kalah,” kata Di Matteo.

Gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak dimiliki jutawan Rusia, Roman Abramovich sembilan tahun lalu mungkin akan menjadi suatu kejutan buat Chelsea.

“Kami memaksa para pemain bekerja keras sejak dua bulan yang lalu dan mereka memberikan segala-galanya.

“Kami akan mencari kembali rentak asal pasukan kerana Chelsea mempunyai perlawanan yang besar, Ahad ini (final Piala FA) dan bertemu Bayern Munich (final Liga Juara-Juara) dan ia akan menjadi pertembungan yang menarik,” jelasnya. – AFP

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>