Home » MALAYSIA » PIALA FA » Suku Akhir Kedua Piala FA: Terengganu di Jurang Bahaya

Suku Akhir Kedua Piala FA: Terengganu di Jurang Bahaya

Terengganu berada di jurang bahaya apabila bertemu Lion XII FC di perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Singapura Selasa ini sekalipun mempunyai kelebihan satu gol.

Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berkata, ini kerana perlawanan itu akan menentukan kedudukan Terengganu yang juga juara Piala FA 2011 sama ada hidup atau mati dalam kejohanan kali ini.

Beliau berkata, kunjungan Terengganu ke Singapura merupakan satu misi yang amat sukar, lebih-lebih lagi dengan modal yang amat tipis.

“Memang kita tidak selamat dengan kelebihan satu gol, tetapi kita akan mempertahankan kemenangan itu sehingga ke wisel penamat,” katanya kepada pemberita di sini.

Terengganu mengalahkan Lion XII FC 1-0 dalam pertemuan pertama mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi hasil jaringan pemain tengah Joseph Kalang Tie pada minit ke 65 separuh masa kedua.— BERNAMA

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>