Home » MALAYSIA » LIGA SUPER » Saingan Mahkota Liga Super Terus Hangat

Saingan Mahkota Liga Super Terus Hangat

Selepas berehat selama 2 minggu, 3 pasukan teratas Liga Super terus mencari 3 mata untuk memastikan mereka terus kekal di puncak liga yang semakin rancak ketika ini.

Kelantan, Terengganu dan Perak antara pasukan yang mengungguli Liga Super ketika ini dengan setap pasukan tidak mahu kehilangan mata untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka di puncak liga terutamanya Kelantan yang baru tewas sekali dalam 8 perlawanan Liga Super.

Kelantan yang baru sahaja memecat Peter Butler Selasa lalu bakal turun dengan peneraju baru untuk  mengendalikan The Red Warrior menghadapi Negeri Sembilan dan pengurusnya Azman Ibrahim percaya siapa pun yang bakal mengambil alih tugas  Butler, misi dan matlamat tetap sama untuk meraih 3 mata pada setiap perlawanan liga.

Terengganu yang bakal turun menentang pasukan tercorot liga Kuala Lumpur pastinya menggunakan kesempatan itu untuk memberi tekanan kepada Kelantan yang hanya dibezakan 3 mata dan 1 mata di belakang Perak.

Bagi penggedali Kuala Lumpur, Razip Ismail meskipun pasukannya menduduki tangga paling bawah liga serta kelebihan Terengganu yang  memiliki pasukan serba lengkap dan berkualiti, matlamatnya di Stadium Hang Jebat Sabtu ini tetap mengimpikan untuk meraih 3 mata walaupun di anggap mustahil.

Sementara itu, satu-satunya perlawanan yang akan berlangsung pada Jumaat ialah antara T-Team dan Sarawak.

Yunus Alif yang gembira dengan perkembangan positif pasukannya tetap berhati-hati dengan kekuatan pasukan sarawak memandangkan rekod cemerlang anak buah Robert Alberts di tempat lawan mampu untuk menghalang cita-cita T-Team meraih mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu.

Manakala perlawanan lain pada Sabtu ini turut bakal menyaksikan Sabah menentang Johor FC dan Kedah bertemu Selangor.

Pertembungan antara T-Team dan Sarawak akan dibawakan secara langsung pada Jumaat jam 8 malam nanti manakala perlawanan Kelantan dan Negeri Sembilan pada Ahad jam 8 malam.

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>