Home » EROPAH » LIGA EUROPA » Manchester City Singkir Juara Bertahan

Manchester City Singkir Juara Bertahan

LONDON – Juara bertahan, Porto tersingkir daripada saingan Liga Europa selepas tewas 0-4 kepada Manchester City pada aksi kalah mati kedua kelom- pok 32 terbaik awal pagi semalam.

Kekalahan di Stadium Etihad itu meleburkan impian Porto untuk mempertahankan kejuaraan selepas tewas dengan agregat 6-1 ekoran kekalahan 1-2 pada perlawanan pertama minggu lalu.

City menempah slot ke kelompok 16 terakhir selepas penyerang, Sergio Aguero meletakkan pasukan itu di depan seawal minit pertama permainan.

Sergio juga memainkan peranan penting untuk gol kedua City yang dijaringkan oleh pemain gantian, Edin Dzeko pada minit ke-76.

Dua jaringan lewat menerusi David Silva dan pemain pinjaman dari AS Roma, David Pizzarro meletakkan skuad kendalian Roberto Mancini dengan kemenangan selesa.

Porto dari Portugal terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan Rolando yang mempersoalkan jaringan Dzeko telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.

“Suatu perlawanan yang baik tetapi tidak terlalu mudah. Porto adalah salah sebuah kelab terbaik di Eropah dan mereka beraksi dengan hebat (tetapi) saya gembira kerana kami berjaya mara ke pusingan seterusnya,” kata Mancini.

“Kami mahu beraksi di final (Liga Europa) meskipun menyedari cabaran sukar menanti kami.

“Dengan kehadiran Manchester United, Valencia dan Schalke 04, suasana ini bagaikan berada di Liga Juara-Juara.

“Gol pertama kami sangat penting kerana Porto beraksi dengan begitu baik dan merupakan sebuat pasukan yang kuat.

“Kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol tetapi (sekiranya) kami gagal untuk berbuat demikian, kami bakal mengundang masalah,” ujarnya. – Reuters

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>