Home » MALAYSIA » LIGA SUPER » Kemerosotan Akibat Tindakan Penggantunggan – KFA

Kemerosotan Akibat Tindakan Penggantunggan – KFA

ALOR SETAR, (Bernama) – Hukuman gantung tujuh perlawanan yang dikenakan terhadap jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan, dilihat sebagai punca utama kemerosotan pasukan itu setakat ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata disebabkan Wan Jamak dikenakan hukuman di akhir musim, KFA tidak sempat mencari jurulatih baru bagi menggantikannya.

“Kita terpaksa ambil jurulatih skuad Piala Presiden, Mohd Nidzam Adha, buat sementara waktu sebelum penolong jurulatih Radzi Mat Din dan Ahmad Sobri yang tamat pergantungannya Sabtu lalu mengambil alih semula.

“Selepas Wan Jamak kembali jika tiada sebarang kemajuan dalam bola sepak negeri ini kita akan mengkaji dan menilai semula beberapa perkara,” katanya kepada pemberita di sini.

Wan Jamak dikenakan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) kerana kerana mengkritik mutu pengadilan setelah Kedah seri 1-1 dengan Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia 28 Sept tahun lepas.

Hamdan turut mempertikaikan persembahan hambar beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Badrol Bakhtiar, Mohd Sabri Abu dan Amar Rohidan yang gagal membantu pasukan Kedah mencipta kemenangan.

Katanya pemain tempatan mempunyai kemampuan yang tinggi namun persembahan yang ditunjukkan mereka agak tumpul sekaligus menyebabkan peminat hampa.

“Tambahan pula pemain import Kedah tidak berkualiti menyebabkan terpaksa digugurkan bagi mencari pemain import baru,” katanya.

Hamdan berkata bahawa KFA dalam mesyuaratnya baru-bari ini telah memutuskan untuk mencari pemain import di bahagian serangan dan tenagh bagi menguatkan jentera pasukan.

Katanya KFA telah menubuhkan satu pasukan pemantau terdiri daripada lima ahli bagi memantau prestasi pemain dan jurulatih serta memantau isu-isu berkaitan dengan bola sepak seperti rasuah.

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>