Home » MALAYSIA » LIGA SUPER » Kelantan Kini Makin Garang

Kelantan Kini Makin Garang

KOTA BHARU – Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badhri Radzhi atau Piya menuntut rakan sepasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi memastikan tiga mata apabila berdepan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman hari ini.

Menurutnya, sebagai penyandang juara Liga Super, Red Warriors tidak boleh tercicir mata sebaliknya perlu konsisten jika mahu mengatasi pendahulu liga, T-Team.

“Kita bertandang ke sana dengan misi yang cukup jelas. Bukan untuk seri, tetapi kemenangan yang kita mahukan. Tidak kira siapa yang diturunkan oleh jurulatih, semua pemain perlu bermain mati-matian bagi memburu tiga mata penuh.

“Saya percaya semua pemain berada dalam situasi yang cukup baik ketika ini, selepas menewaskan Johor FC 2-1 tempoh hari.

“Gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammed Ghaddar dan Indra Putra Mahyuddin yang semakin berbisa menjadi taruhan kami esok (hari ini),” katanya di sini, semalam.

Tambahnya, selain tiga mata, dia mahu rakan-rakan sepasukannya menghapuskan badi kegagalan untuk mencipta kemenangan di stadium berkenaan.

“Rekod pertemuan kami dengan Kedah di Stadium Darul Aman sejak dua musim lalu sentiasa memihak kepada pasukan tuan rumah.

“Jadi saya fikir pertemuan ini merupakan kesempatan terbaik bagi kami untuk menamatkan badi kesukaran mencipta kemenangan di sana,” ujarnya.

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah perlawanan hari ini, biarpun Kedah tidak begitu konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

“Kita tahu semangat pemain Kedah sedikit terjejas setelah gagal mencipta kemenangan dan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan lalu. Tapi itu masalah mereka dan saya percaya kita harus lebih waspada dengan kebangkitan pemain Kedah.

“Mereka masih ada Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen dan Amar (Rohidan) yang masih boleh mengimbangi kekuatan pasukan meskipun aksi dua pemain import Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves nyata kurang menjadi setakat ini,” ujarnya.

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>