Home » ENGLAND » EPL » Gerrard Kembali Selepas Enam Bulan

Gerrard Kembali Selepas Enam Bulan

LIVERPOOL – Selepas berehat panjang, Steven Gerrard yakin untuk kembali beraksi buat Liverpool dalam usaha kelab itu melupakan masalah dalam Liga Perdana dengan menewaskan Brighton pada pusingan ketiga Piala Liga hari ini.

Gerrard tidak bermain sejak mengalami kecederaan pada Mac lalu sehingga memerlukan pemain itu melakukan pembedahan.

Pengurus Kenny Dalglish mahu mengunakan perlawanan hari ini sebagai medan pemanas badan buat ketua pasukan kelab itu selepas enam bulan tidak beraksi.

Dua kekalahan berturut-turut termasuk tewas 0-4 kepada Tottenham Ahad lalu merosakkan permulaan musim ini buat Liverpool dan kembalinya pemain tengah England itu diharap mampu mengembalikan semangat rakan-rakannya.

“Saya beritahu semuanya dan dia telah melakukan yang terbaik.

“Kami semua cuma mengawasi dia dan menggunakannya ketika masa yang sesuai. Itu adalah biasa apabila semua mahu menantikan aksi Stevie selepas anda tewas 0-4.

“Namun kami akan terus mengawasinya terutama apabila semua pihak bersetuju untuk dia bermain,” kata Dalglish.

Kelibat Gerrard tidak lagi kelihatan selepas membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 di Anfield 6 Mac lalu.

Pemain tersebut kembali menjalani latihan penuh dua minggu lalu dan telah menyertai perlawanan latihan minggu lepas.

“Kini saya kembali bersama rakan-rakan dan permainan sungguh berlainan dengan gaya permainan pantas. Saya terpaksa bekerja keras dalam dua hari lalu dan saya sangat letih ketika ini.

“Namun saya kembali dalam latihan serta memandang kehadapan untuk beraksi dalam perlawanan selepas ini,” kata Gerrard. – AFP

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>