Home » EROPAH » Chelsea Terima Mohon Maaf FAM

Chelsea Terima Mohon Maaf FAM

LONDON, (AFP) – Chelsea telah menerima permohanan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung cemuhan peminat keatas pemain berkelahiran Israel, Yossi Benayoun.

Chelsea sebelum ini membuat aduan kepada FAM berhubung kejadian tersebut yang berlaku ketika perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 Chelsea di Stadium Bukit Jalil, 21 Julai lalu.

“Kami menghargai keprihatinan segera FA Malaysia mengenai aduan kami,” kata Chelsea dalam kenyataannya.

“Kelab Bola Sepak Chelsea komited untuk membasmi semua perlakuan diskriminasi daalam perlawanan, dan menggesa FA Malaysia untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai menangani tingkahlaku ini pada masa akan datang.

“Kelab dan Yossi menerima maaf tersebut dan menganggap masalah ini selesai.”

FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi jika benar ia berlaku, FAM memohon maaf.

“Daripada pemerhatian kami, jika kejadian seperti itu berlaku, pastinya akan melibatkan segelintir penonton dan ia sudah tentu tidak mencerminkan perasaan majoriti peminat di negara ini yang mencintai bola sepak,” Kata FAM.

“Kami tidak merestui apa-apa bentuk perkauman dalam bola sepak. Jika kejadian seperti itu berlaku, kami memohon maaf kepada kebimbangan pemain, dan juga untuk Chelsea,” tambah kenyataan itu.

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>