Home » ENGLAND » Villas Boas Kekalkan 100 Peratus Kemenangan

Villas Boas Kekalkan 100 Peratus Kemenangan

Chelsea meneruskan 100 peratus kemenangan di bawah kepimpinan baru pengurus Andre Villas Boas apabila skuad itu mengalahkan kelab dari Divisyen 1 England, Portsmouth 1-0 dalam perlawanan persahabatan, di Fratton Park.

Villas Boas sebelum ini memenangi perlawanan pertamanya bersama Chelsea ketika bertemu kelab Liga 1 Perancis, Wycombe dalam perlawanan tanpa penonton minggu lalu.

Pertemuan itu juga adalah perlawanan pertamanya sejak membimbing Chelsea selepas menarik diri daripada jawatan jurulatih Porto.

Sebelum memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris, pengurus berusia 33 tahun itu turut bakal menerima cabaran dalam pertemuan dengan pasukan dari Asia sempena Jelajah Asia, termasuk perlawanan menentang skuad bawah-23 Malaysia pada 21 Julai nanti.

Chelsea kini menarik perhatian ramai selepas kemasukan Villas Boas, lebih-lebih lagi pengurus itu memegang falsafah “attacking football” seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

Ketika bersama Porto, beliau pernah membawa pasukan itu menjuarai Liga Europa dan juga memenangi mahkota Liga Portugal.

sumber: arena.my

About Faizal Fredley

CEO & Founder Blog FaizalFredley - Best Travel Blog 2013 & 2014 dan Blog MohdFaizal, Dimiliki sepenuhnya oleh Faizal Fredley Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>