Shakira sedia nyanyi lagu rasmi Piala Dunia
JOHANNESBURG – Penyanyi pop Latin kelahiran Colombia, Shakira tiba di sebuah lapangan terbang di Afrika Selatan kelmarin beberapa hari sebelum Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 bermula pada Jumaat ini.
Dia akan menyampaikan lagu tema rasmi pertandingan itu yang berjudul Waka Waka pada majlis pembukaan rasmi.
Sebelum ini, pormo lagu itu telah disiarkan di beberapa laman web di Internet. Pada pormo itu, artis tersebut memakai baju dalam dan skirt pendek gelap dengan gelang rantai berwarna-warni selain penampilan khas kumpulan muzik terkenal Afrika Selatan, Freshlyground.
Ia dirakamkan di Barcelona, Sepanyol dengan turut menampilkan beberapa pemain bola sepak antarabangsa seperti Lionel Messi, Dani Alves dan Rafael Marquez.
Shakira, 33, akan menyampaikan lagu pada konsert sempena kejohanan di Stadium Soccer City, Soweto esok sebelum terlibat dalam persembahan pada pembukaan Piala Dunia 2010 pada Jumaat ini.
